Latar Belakang

Koperasi Alumni SMSTMFP Kelantan Bhd mula didaftarkan pada Mei 2012 oleh Alumni  Faris Petra bersandarkan pada program “Back To School” pada tahun 2012. Mesyuarat awal penubuhan dan pendaftaran ahli juga dibuat pada masa yang sama. Koperasi ini ditubuhkan atas satu landasan dengan matlamat iaitu untuk mengumpulkan alma mater Faris Petra dalam satu entiti bermotifkan perniagaan. Dengan moto awal penubuhan “Bersama Kembali Berbakti”, kita amat mengharapkan penglibatan alumni dalam koperasi ini untuk mendaftar sebagai ahli dengan pembelian saham bagi menggerakkan koperasi yang diterajui oleh Ahli Lembaga Koperasi yang dilantik mlalui Mesyuarat Agung pertama pada tahun 2015.

Koperasi Alumni Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra Kelantan Berhad ini ditubuh dan digerakkan atas 7 prinsip asas penubuhan koperasi iaitu:

Keanggotaan Sukarela Dan Terbuka Kepada Bekas Pelajar SMSTMFP & Keluarga

Prihatin Terhadap Komuniti Terutamanya Terhadap Alma Mater Dan Sekolah Tercinta

Kawalan Demokratik Ahli Melalui Perlantikan ALK

Autonomi Dan Kebebasan Ahli

Penglibatan Ekonomi Ahli Melalui Pembelian Saham Koperasi

Kerjasama Sesama Koperasi Koperasi Lain Secara Jalinan Perniagaan

Memberikan Pendidikan, Latihan Dan Maklumat Kepada Ahli

Lokasi Permulaan

Seawal penubuhan, Koperasi Alumni Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra Kelantan Berhad atau lebih dikenali KOPETRA Berhad mula bertapak di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia sejajar dengan lokasi induk Persatuan Alumni Faris Petra dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra

Hubungi Kami